Saturday, January 16, 2010

Fungsi PAKK Bukit Siput

PROGRAM / AKTIVITI DI PAKK BUKIT SIPUT
- Sebagai pusat aktiviti kumpulan perbincangan, pusat rujukan dan sumber maklumat.
- Mengadakan kegiatan sukan dalaman, gotong royong, latihan silat dan kompang.
- Program lawatan sambil belajar, hari keluarga, aktiviti kerohanian seperti kumpulan Yassin, solat hajat, marhaban, sambutan Maulidurrasul, dan majlis berbuka puasa.
- Mengadakan bengkel motivasi.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak Bukit Siput

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Bukit Siput telah ditubuhkan pada 30 November 1998 dan beroperasi di No.10, Jalan Emas 2, Taman Bukit Baru, 85020 Bukit Siput, Segamat, Johor Darul Takzim.
PAKK Bukit Siput ini berada di bawah naungan Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) Daerah Segamat yang dipengerusikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, En. Khairu Asri Bin Ismail. PAKK ini diurus oleh sebuah Jawatankuasa Pengelola dan dikendalikan oleh seorang Penyelia iaitu Puan Zainab Bt Md Yassin. Terdapat seramai 10 orang ahli Jawatankuasa Pengelola di PAKK ini dan seorang Fasilitator telah dilantik bagi tujuan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti demi kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak di kawasan sekitar iaitu En. Mohd Faizal Bin Yahaya.
Sehingga kini, seramai 126 orang ahli telah berdaftar di PAKK Bukit Siput. 80 orang dari jumlah itu adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Dari 126 orang ahli itu, 43 daripadanya merupakan ahli yang aktif dan sering mengikuti program-program yang dijalankan diperingkat daerah mahupun diperingkat negeri.
Secara umumnya, beberapa program yang bertujuan untuk mencegah dari berlakunya masalah sosial dikalangan remaja dan kanak-kanak seperti penganiyaan, pengabaian kanak-kanak, jenayah remaja, keruntuhan moral, penagihan dadah dan sebagainya telah dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi aktiviti-aktiviti di PAKK.